Thursday, August 13, 2009

SULAMAN BENANG


















Jom layan N3 4 lagi sulaman tudung yang akak dah hantar pada pelanggan...Semuga pelanggan akak berpuas hati dengan hasil kerja ini.

BIRTHDAY..




Bulan ogos ni dah kembali untuk tahun 2009 bukan bulan kemerdekaan aje tapi bulan kelahiran ku..surprise hari ni ada posto..posto..dapat birthday card dari siapa tau..SSF Deco Sdn.Bhd.best betul kasi banyak diskaun..sayangnya kedainya tak ada kat Ipoh lagi..bila nak buka tak tau la...Tengok Birthday Card dia cantik betul.....

Tuesday, August 4, 2009

JALAN-JALAN KE PULAU PINANG

Si Cat Women yang jelita...



Siapa lagi tu kalau bukan Dr.Jones...Riders of Lost ark .



Anakku Danial dengan Spidermennye...




Anakku Deena dengan Lara Croft..





Apa lagi Mr.Bean le tu..
Yang bawah ni Thinkerbell...si pari-pari..





Yang ini kat dalam Toy museum kat Batu Feringgi depan Coptone Hotel..masuk kanak-kanak rm 6 dewasa rm 10..dekat 2 jam dalam tu best betul anak-anak semua karektor kartun yang depa suka ada kat situ..lagi best mak bapak sebab muzium tengok je bukan boleh beli mainan kat situ selamat poket..he..he.. Jalan kat sini macam gi Wax muzium kat kota London lak rasanya apa-apapun semua ada kat Malaysia ni..gi lah melancong...







Tu dia basikal tua dia..







Ini rumah asal mak P.Ramlee..









Inilah rumah P.Ramlee...yang telah dibuat semula..masuk kat sini percuma...
Sebelah rumah ni ada muziumnya..dia punya Penjaganya punya le ramah tamah semua cerita P.Ramlee dalam poket dia..





Chowrista Market...



Yang hijau tu jeruk amra light coklat tu jeruk buah pala...sebelah dia tu jeruk mempelam...sapa suka mesti dah meleleh air liur..he..he..







Feri Pulau Pinang...



Dari aku kecil lagi bapak dah bawa aku dan adik beradik berjalan-jalan ke Pulau Pinang la ni kita orang lak bawa dia berjalan-jalan..Kali ni pergi best sebab pergi tempat tak pernah gi..Rumah P.Ramlee & Toys Museum.Akhir sekali aku pergi 2 tahun lepas..masa Birthday Agung tapi tak stay sana sebab hotel semua penuh..silap time.Nampak tu gambar feri..lepas ni kalau dah ada jambatan akibatnya feri jadi kenangan je..Kalau ke Penang tak perkena nasi kandar tak sah..beriani ayam tulis kat board rm4.9 masa bayar rm 8 sepinggan..dah makan bayar je lah..Ahh..lagi satu mesti kena ke Chowrista Market nak beli jeruk..ada lagi dalam peti ais tu sebab tak suka sangat jeruk ni saja la kut-kut teringin lagipun dah sampai kat port jeruk kenalah beli dak gitu adik kakak..












SULAMAN BENANG






















Alhamdulillah sembilan dari sepuluh dah siap lima dah dihantar kepada tuannya..semua bunga yang berlainan..Jom layan tudung yg dah siap tu..tapi sayang gambar tak jelas sangat..Ada 4 lagi next N3 lak..