Showing posts with label SULAMAM RIBEN. Show all posts
Showing posts with label SULAMAM RIBEN. Show all posts

Wednesday, January 27, 2010

SULAMAN RIBEN


Kusyen yang ni koleksi peribadi..satu lagi pasangannya masih mencari ilham..nak buat paten ape..nantilah dulu .. Bunga daisy warna merah jambu menawan kalbu..






Kusyen petak-petak merah ni tempahan dari adik baru siap satu , satu lagi on the way...
Yang bawah tu koleksi peribadi..puas membuatnya..








Semua kedai buku dicari kat Ipoh tapi buku Sulaman riben oleh Puan Suzana Mustafa dah habis jadi order melalui internet maka pada 24hb. Disember lalu sampailah ke tangan ini buku idaman...Jadi semangat berkobar-kobar nak menyulam..lalu lahirlah..Sulaman riben atas kusyen jenis bunga riben web roses ...warna coklat dan white cream .

Wednesday, December 16, 2009

SULAMAN RIBEN ,BENANG & MANIK







Kembali ke alam jahitan yang mengasyikkan..awal november lalu akak ikuti kursus satu hari menjahit sulaman riben , benang dan manik...ketiga-tiganya ada. Jahit atas sehelai kain yang dijadikan sehelai baju kurung..Cikgu yang mengajarnya ambil idea dari baju sulaman indonesia memang cantik dan menawan.Berkobar-kobar akak siapkan tak sampai 2 minggu dah siap bajunya sempat la pakai raya haji yang lalu...Kalau ada yang berkenan bunga hadapan dan kiri kanan tangan harganya Rm 100...

Saturday, May 30, 2009

KUSYEN SULAMAN RIBEN


Alhamdulliah akhirnya siap jua kusyen pertamaku..sulaman riben..lepas ni projek kusyen lain lak kain kusyen dah jahit tepi sulam je tak sempat.Sibuk la...sulaman benang atas tudung tengah berjalan..so far 4 dah siap..out of 10...

Thursday, May 14, 2009

SULAMAN RIBEN




Buku dibeli internet di lihat hatipun tak tahan nak buat sulaman bunga riben maka siaplah satu sarung kusyen.Rasa macam suka sangat sebab dapat buat tapi tak sempurna manalah sebab tak bersifu.Tapi kira o.klah (perasan le tu).