Friday, December 18, 2009

MEMORY LANE - MUG ROSES

Bunga rose dalam mug tu..
Close-up roses luar mug tu..

Tiga biji mug rose yang menawan...


Minggu lepas ke Memory Lane agak lewat juga dah panas terikpun..tapi sempat juga sambar mug berbunga rose yang menawan hati...3 biji budak tu jual rm 7 lepas tawar menawar. Cuci mata apa lagi kat bunga rose yang ada kat mug tu ... cantik kan...

Wednesday, December 16, 2009

SULAMAN RIBEN ,BENANG & MANIK







Kembali ke alam jahitan yang mengasyikkan..awal november lalu akak ikuti kursus satu hari menjahit sulaman riben , benang dan manik...ketiga-tiganya ada. Jahit atas sehelai kain yang dijadikan sehelai baju kurung..Cikgu yang mengajarnya ambil idea dari baju sulaman indonesia memang cantik dan menawan.Berkobar-kobar akak siapkan tak sampai 2 minggu dah siap bajunya sempat la pakai raya haji yang lalu...Kalau ada yang berkenan bunga hadapan dan kiri kanan tangan harganya Rm 100...

Thursday, November 12, 2009

SULAMAN MANIK




Bertemu kembali...apa lagi sulaman manik untuk kak yong satu yang hijau dan satu lagi kawan office kak ruby tu..jom layan paternnye..

Tuesday, October 27, 2009

SULAMAN MANIK


Salam semua dah lama sungguh tak N3 kat alam siber ni..sibuk sungguh banyak sebab...satunya pindah rumah..maknanya pindah line ternet tu ambil masa jua..puasa , raya ,menjahit baju dan sekarang sibuk balik menyambung kerja yang tak sudah sudah.Untuk sulaman manik tak pernah buat shimering flora maka kitapun cuba satu kat baju sendiri hasilnya jadilah baju raya yang lepas..

Thursday, August 13, 2009

SULAMAN BENANG


















Jom layan N3 4 lagi sulaman tudung yang akak dah hantar pada pelanggan...Semuga pelanggan akak berpuas hati dengan hasil kerja ini.

BIRTHDAY..




Bulan ogos ni dah kembali untuk tahun 2009 bukan bulan kemerdekaan aje tapi bulan kelahiran ku..surprise hari ni ada posto..posto..dapat birthday card dari siapa tau..SSF Deco Sdn.Bhd.best betul kasi banyak diskaun..sayangnya kedainya tak ada kat Ipoh lagi..bila nak buka tak tau la...Tengok Birthday Card dia cantik betul.....

Tuesday, August 4, 2009

JALAN-JALAN KE PULAU PINANG

Si Cat Women yang jelita...



Siapa lagi tu kalau bukan Dr.Jones...Riders of Lost ark .



Anakku Danial dengan Spidermennye...




Anakku Deena dengan Lara Croft..





Apa lagi Mr.Bean le tu..
Yang bawah ni Thinkerbell...si pari-pari..





Yang ini kat dalam Toy museum kat Batu Feringgi depan Coptone Hotel..masuk kanak-kanak rm 6 dewasa rm 10..dekat 2 jam dalam tu best betul anak-anak semua karektor kartun yang depa suka ada kat situ..lagi best mak bapak sebab muzium tengok je bukan boleh beli mainan kat situ selamat poket..he..he.. Jalan kat sini macam gi Wax muzium kat kota London lak rasanya apa-apapun semua ada kat Malaysia ni..gi lah melancong...







Tu dia basikal tua dia..







Ini rumah asal mak P.Ramlee..









Inilah rumah P.Ramlee...yang telah dibuat semula..masuk kat sini percuma...
Sebelah rumah ni ada muziumnya..dia punya Penjaganya punya le ramah tamah semua cerita P.Ramlee dalam poket dia..





Chowrista Market...



Yang hijau tu jeruk amra light coklat tu jeruk buah pala...sebelah dia tu jeruk mempelam...sapa suka mesti dah meleleh air liur..he..he..







Feri Pulau Pinang...



Dari aku kecil lagi bapak dah bawa aku dan adik beradik berjalan-jalan ke Pulau Pinang la ni kita orang lak bawa dia berjalan-jalan..Kali ni pergi best sebab pergi tempat tak pernah gi..Rumah P.Ramlee & Toys Museum.Akhir sekali aku pergi 2 tahun lepas..masa Birthday Agung tapi tak stay sana sebab hotel semua penuh..silap time.Nampak tu gambar feri..lepas ni kalau dah ada jambatan akibatnya feri jadi kenangan je..Kalau ke Penang tak perkena nasi kandar tak sah..beriani ayam tulis kat board rm4.9 masa bayar rm 8 sepinggan..dah makan bayar je lah..Ahh..lagi satu mesti kena ke Chowrista Market nak beli jeruk..ada lagi dalam peti ais tu sebab tak suka sangat jeruk ni saja la kut-kut teringin lagipun dah sampai kat port jeruk kenalah beli dak gitu adik kakak..












SULAMAN BENANG






















Alhamdulillah sembilan dari sepuluh dah siap lima dah dihantar kepada tuannya..semua bunga yang berlainan..Jom layan tudung yg dah siap tu..tapi sayang gambar tak jelas sangat..Ada 4 lagi next N3 lak..

Monday, July 20, 2009

Award...

Cantik award ni..terima kasih buat Syahida bagi award ni..




Syarat2 menerima award ini: 1.Pastikan jantina anda ialah perempuan memang perempuan pun ..hehe.. 2. Copy badge sebagai award anda sudah.. 3. Nyata 7 sebab kenapa anda bangga menjadi perempuan Akak tiru je dari Syahida punye blog ye..sebab fakta tu menarik dan yang penting betul... Jelas dan nyata Keistimewaan Wanita 1. Do'a wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : " Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia. 2. Wanita yang solehah ( baik ) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang tidak soleh. 3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seperti orang yang senantiasa menangis Karena takut Allah SWT dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya. 4. Barang siapa yang membawa hadiah ( barang, makanan dari pasar kerumah ) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S 5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku ( Rasulullah SAW ) di dalam surga. 6. Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga Saudara perempuan atau dua Saudara perempuan , lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah surga. 7. Dari Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka." 8. Surga itu di bawah telapak kaki ibu. 9. Apabila memanggilmu dua orang ibu bapamu maka jawablah panggilan ibumu dahulu. 10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga . Masuklah dari manapun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. 11. Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristigfar baginya selama dia taat kepada suaminya dan rekannya ( serta menjaga sembahyang dan puasanya ). 12. Aisyah r.a. berkata " aku bertanya pada rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda "suaminya". Siapa pula berhak terhadap lelaki?" jawab Rasulullah SAW "Ibunya" 13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu surga mana saja yang dia kehendaki. 14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia kedalam surga lebih dahulu daripada suaminya ( 10.000 tahun ) 15. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan. 16. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT 17. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan. 18. Apabila telah lahir ( anak ) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan. 19. Apabila semalaman ( ibu ) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT4. Pass kan award ini kepada girl-friends anda. Harap u all sudi menerimanya.

Saturday, July 18, 2009

DECOUPAGE

Sepanjang minggu ni inilah yang telah ku hasilkan jemu menyulam tudung buat decoupage..kotak kayu tu dapat kat mana lagi kalau bukan Memory Lane..Cik abang outstation minggu ni bila dia balik dia kata menarik dan cantik..sebab masa dia gi semua benda tu putih belaka bila balik lain pulak jadinya..kembang hidung ku..tapi dia kena tau le semua ni sebab nengok blog decoupage org lain yang cantik-cantikkk....gitu..
Botol-botol ku ni dah lama simpan la ni baru ada peluang nak di decoupage sebab dah tahu cara dan medium yang hendak digunakan..Buat Syahida diucapkan terima kasih sebab idea kat blog u memberi ilham kepada akak..Syahida buat dap-dap & dot..dot akak tambah belang-belang je..kalau tengok dekat dekat ada sengetnya tapi itulah seni namanya hasil kerja tangan.Tapi tak siap lagi sepenuhnya kepala botol belum dihias.. Watering Can dan baldi tu beli kat old town Ipoh kedainya belakang kedai jam rolex..yang menjual tu apek yang dah antik beno..kedai diapun serupa macam tuannya..very nostagic le kata ongputihnya...Lepas decoupage ni tidak le rasanya nak gi siram pokok..apa lagi buat tengok je benda-benda ni..

SEBELUM..


SELEPAS..



SELEPAS...




SEBELUM.. Kat bawah ni botol body syampoo..yang siap tu warna pink,dah habis isinya asalnya seperti warna biru ni..murah rm7.90 sebotol kat Mydin..senang pulak tu nak tanggal plastik cover dia..lagi senang kerja..Siap je tampal bunga dari tisu tulis le soap..nampak lain le siket..



SEBELUM.. SELEPAS..


Bila dah siap semuanya sakit jari-jari ini..tak sedarpun sibuk sangat tapi itulah kehidupan yang mana akan lebih bermakna lagi..hari hari berlalu penuh dengan aktiviti yang berfaedah dak gitu adik kakak ooi..Rasanya lebih sibuk dari berkerja dulu..sekarang ni nak tido rasa rugi..betul ka?









MEMORY LANE

Memory Lane ku datang lagi ...barang-barang yang ku kutip dengan wang minggu lepas.. Teko berbentuk meja..rm 13 je dari UK kata sipeniaga cina tu jenuh nak minta kurang..dia letak rm 15 minta rm10 tak nak dia bagi..sebab hati dah berkenan tu beli juga..Koleksi teko bertambah lagi bukan nak buat air dalam tu tapi buat tengok je..he..he..
Telefon antik ni boleh pakai lagi tu yang best tu..tawar menawar dapat la rm22 best betul motif bunga roses terus jadi english deko..himpunan peribadiku bertambah lagi..




Minggu lepas ke Memory lane..lama dah tak pergi sibuk le tu..cuaca lepas hujan tak panas ..masa sampai peniaga kat situ baru nak kemas barang untuk jualan...pagi kat Ipoh masa tu hujan so bila dah mentari keluar barulah depapun keluar dari kaki kedai untuk nak meniaga dekat lane yang sebenarnya..Gambar tu peniaga yang berniaga di Memory Lane..unik..barang yang di jual kebanyakan dari luar negara..so mahal siket la..Masa snap foto kita minta izin dgn tuan punya badan..tengok diapun sporting..Kadang-kadang dia pakai topi dok tulis Henessy tu..macam promosi lak benda yang tak halal tu..apa-apapun itu hak dia..Tapi gambar ni bukan yang minggu lepas punya ada le sebelum tu..

Tuesday, July 14, 2009

Yellow Collection's

Bekas isi karemel @ susu tapi tak pernah guna lagi belum jumpa waktu yang sesuai kut..Beli sebab cantik macam teko Aladdin..
Piring cawan tu empat segi..seramiknya cepat sumbing..hati-hati beno waktu gunanya..






Yellow Collection's...agak sesuai kut namanye..cuci mata apa lagi sebelum masuk kotak..tak ada bunga tapi belang kuning tu menarik..

Wednesday, July 8, 2009

SARUNG SOFA


Dah lama nak buat sendiri akhirnya menjadi juga sarung sofa ni..warna merah lagi lambat nampak kotornya..yang asal tak ada skirt bawahnya..la ni pakai pulak skirt sopan konon tapi sebenarnya kalau ada sampah sorok je bawah tu..sarung kusyen pun jahit sendiri habis la lepas ni Fella Design tak boleh cari makan..Nak tempah kedai mahal buat sendiri menjadi pulak..lega..

FOLK ART

Bentuk je cerek tapi jam sebenarnya..jam dah rosak nanti cari lain sebagai gantinya..lama dah jam ni berkhidmat kat dapo umah akak..kena tukar imej jadi perhiasan je kut lepas ni..
Senduk kayu tu kecil je baik la tukar imej bukan guna kat dapur pun..sedap mata memandang..



Kereta sorong tu baru je cat putih lepas cat apa lagi..conteng le..dah lama simpan kereta sorong tu warna kayu tak menarik langsung sejak tukar warna naik serinya.. Cerek tu akak punya sendiri ingat nak decoupage je tapi tak jadi lak pas tu lukis jadi le rupa tu..rasanya macam puas hati lukis..walhai beli tisu decoupage punya le banyak...tak pa guna masa lain pulak.



Besen dan kole ayan tu adik punya dah lama beli bulan Mei dulu la ni baru siap kena ada mood terus jadi kaalu tidak tempat kumpul habuk je..










Hari tu terbuka kat ternet gambar folk art..mak ooi cantik dan penuh seni lukisan folk art ni..kita memang minat tapi tak cantik sangat la kalau melukis tu..tapi boleh le siket..ingat nak decoupage je tapi tangan mengeletar nak lukis terus ambil berus dan lukis..maka hasilnya gitulah..