Salam sahabat alam maya semua lama bebeno tak update ye...sibuk le tu semuga anda semua sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah selalu ...Amin..kali ni kita bantu Cik Iza yang merayu-rayu minta dibantu cara buat decoupage tu...baca kena dari bawah ke atas ye...jangan fening ye...ikut je langkah tersebut pasti berjaya...tak faham tanya le....Akak buat banyak tu cenderehati buat teman-teman seperjuangan semasa belajar di ITM Perak 23 tahun lalu...

14.Gantung kat pintu rumah untuk menyambut tetamu.....

13.Hasilnya setelah siap ...

12.Lukis daun ,ranting pintal dan dot-dot untuk tambah seri decoupage kita...

11. Tampal atas papan mdf kita tu ....jadilah mcm diatas...

10. Ambil lapisan atas sekali ada 3 lapisan.

9.Gunting kertas tisu berbunga..

8.Inilah hasilnya...

7.Tekap tulisan yang kita inginkan macam akak ni perkataan welcome kertas jarang di atas kertas karbon di bawah.

6.Keringkan dengan pengering rambut tu..

5.Sapukan warna hijau muda sekali lagi untuk mendapat warna yang cantik.
4.Kita kertas pasirkan permukaan lapisan pertama tujuan untuk mendapat permukaan yang kemas dan licin.

3.Keringkan lapisan pertama.

2.Bila sealer dah kering kita sapu cat hijau muda.

1. Mula kita sealer dulu papan mdf ni.

Khas untuk yang bertanya Cik Iza cara membuat decoupage...bahan-bahan seperti di atas....tisu berbunga,papan mdf ,kertas jarang , pensil, kertas karbon dan warna.