Bunga rose dalam mug tu..Friday, December 18, 2009
Wednesday, December 16, 2009
SULAMAN RIBEN ,BENANG & MANIK



Thursday, November 12, 2009
Tuesday, October 27, 2009
SULAMAN MANIK

Thursday, August 13, 2009
BIRTHDAY..


Tuesday, August 4, 2009
JALAN-JALAN KE PULAU PINANG
Si Cat Women yang jelita...
Anakku Danial dengan Spidermennye...
Anakku Deena dengan Lara Croft..
Apa lagi Mr.Bean le tu..Yang bawah ni Thinkerbell...si pari-pari..
Yang ini kat dalam Toy museum kat Batu Feringgi depan Coptone Hotel..masuk kanak-kanak rm 6 dewasa rm 10..dekat 2 jam dalam tu best betul anak-anak semua karektor kartun yang depa suka ada kat situ..lagi best mak bapak sebab muzium tengok je bukan boleh beli mainan kat situ selamat poket..he..he.. Jalan kat sini macam gi Wax muzium kat kota London lak rasanya apa-apapun semua ada kat Malaysia ni..gi lah melancong...
Tu dia basikal tua dia..
Ini rumah asal mak P.Ramlee..
Inilah rumah P.Ramlee...yang telah dibuat semula..masuk kat sini percuma...Sebelah rumah ni ada muziumnya..dia punya Penjaganya punya le ramah tamah semua cerita P.Ramlee dalam poket dia..
Chowrista Market...
Yang hijau tu jeruk amra light coklat tu jeruk buah pala...sebelah dia tu jeruk mempelam...sapa suka mesti dah meleleh air liur..he..he..Feri Pulau Pinang...
Dari aku kecil lagi bapak dah bawa aku dan adik beradik berjalan-jalan ke Pulau Pinang la ni kita orang lak bawa dia berjalan-jalan..Kali ni pergi best sebab pergi tempat tak pernah gi..Rumah P.Ramlee & Toys Museum.Akhir sekali aku pergi 2 tahun lepas..masa Birthday Agung tapi tak stay sana sebab hotel semua penuh..silap time.Nampak tu gambar feri..lepas ni kalau dah ada jambatan akibatnya feri jadi kenangan je..Kalau ke Penang tak perkena nasi kandar tak sah..beriani ayam tulis kat board rm4.9 masa bayar rm 8 sepinggan..dah makan bayar je lah..Ahh..lagi satu mesti kena ke Chowrista Market nak beli jeruk..ada lagi dalam peti ais tu sebab tak suka sangat jeruk ni saja la kut-kut teringin lagipun dah sampai kat port jeruk kenalah beli dak gitu adik kakak..Monday, July 20, 2009
Award...

Syarat2 menerima award ini: 1.Pastikan jantina anda ialah perempuan memang perempuan pun ..hehe.. 2. Copy badge sebagai award anda sudah.. 3. Nyata 7 sebab kenapa anda bangga menjadi perempuan Akak tiru je dari Syahida punye blog ye..sebab fakta tu menarik dan yang penting betul... Jelas dan nyata Keistimewaan Wanita 1. Do'a wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : " Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia. 2. Wanita yang solehah ( baik ) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang tidak soleh. 3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seperti orang yang senantiasa menangis Karena takut Allah SWT dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya. 4. Barang siapa yang membawa hadiah ( barang, makanan dari pasar kerumah ) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S 5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku ( Rasulullah SAW ) di dalam surga. 6. Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga Saudara perempuan atau dua Saudara perempuan , lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah surga. 7. Dari Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka." 8. Surga itu di bawah telapak kaki ibu. 9. Apabila memanggilmu dua orang ibu bapamu maka jawablah panggilan ibumu dahulu. 10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga . Masuklah dari manapun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. 11. Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristigfar baginya selama dia taat kepada suaminya dan rekannya ( serta menjaga sembahyang dan puasanya ). 12. Aisyah r.a. berkata " aku bertanya pada rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda "suaminya". Siapa pula berhak terhadap lelaki?" jawab Rasulullah SAW "Ibunya" 13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu surga mana saja yang dia kehendaki. 14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia kedalam surga lebih dahulu daripada suaminya ( 10.000 tahun ) 15. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan. 16. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT 17. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan. 18. Apabila telah lahir ( anak ) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan. 19. Apabila semalaman ( ibu ) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT4. Pass kan award ini kepada girl-friends anda. Harap u all sudi menerimanya.
Saturday, July 18, 2009
DECOUPAGE

Watering Can dan baldi tu beli kat old town Ipoh kedainya belakang kedai jam rolex..yang menjual tu apek yang dah antik beno..kedai diapun serupa macam tuannya..very nostagic le kata ongputihnya...Lepas decoupage ni tidak le rasanya nak gi siram pokok..apa lagi buat tengok je benda-benda ni..


Kat bawah ni botol body syampoo..yang siap tu warna pink,dah habis isinya asalnya seperti warna biru ni..murah rm7.90 sebotol kat Mydin..senang pulak tu nak tanggal plastik cover dia..lagi senang kerja..Siap je tampal bunga dari tisu tulis le soap..nampak lain le siket..
SELEPAS..
Bila dah siap semuanya sakit jari-jari ini..tak sedarpun sibuk sangat tapi itulah kehidupan yang mana akan lebih bermakna lagi..hari hari berlalu penuh dengan aktiviti yang berfaedah dak gitu adik kakak ooi..Rasanya lebih sibuk dari berkerja dulu..sekarang ni nak tido rasa rugi..betul ka?
MEMORY LANE
Teko berbentuk meja..rm 13 je dari UK kata sipeniaga cina tu jenuh nak minta kurang..dia letak rm 15 minta rm10 tak nak dia bagi..sebab hati dah berkenan tu beli juga..Koleksi teko bertambah lagi bukan nak buat air dalam tu tapi buat tengok je..he..he..
Telefon antik ni boleh pakai lagi tu yang best tu..tawar menawar dapat la rm22 best betul motif bunga roses terus jadi english deko..himpunan peribadiku bertambah lagi..
Tuesday, July 14, 2009
Yellow Collection's
Wednesday, July 8, 2009
SARUNG SOFA

FOLK ART
Bentuk je cerek tapi jam sebenarnya..jam dah rosak nanti cari lain sebagai gantinya..lama dah jam ni berkhidmat kat dapo umah akak..kena tukar imej jadi perhiasan je kut lepas ni..
Senduk kayu tu kecil je baik la tukar imej bukan guna kat dapur pun..sedap mata memandang..
Cerek tu akak punya sendiri ingat nak decoupage je tapi tak jadi lak pas tu lukis jadi le rupa tu..rasanya macam puas hati lukis..walhai beli tisu decoupage punya le banyak...tak pa guna masa lain pulak.


























