Saturday, July 18, 2009

DECOUPAGE

Sepanjang minggu ni inilah yang telah ku hasilkan jemu menyulam tudung buat decoupage..kotak kayu tu dapat kat mana lagi kalau bukan Memory Lane..Cik abang outstation minggu ni bila dia balik dia kata menarik dan cantik..sebab masa dia gi semua benda tu putih belaka bila balik lain pulak jadinya..kembang hidung ku..tapi dia kena tau le semua ni sebab nengok blog decoupage org lain yang cantik-cantikkk....gitu..
Botol-botol ku ni dah lama simpan la ni baru ada peluang nak di decoupage sebab dah tahu cara dan medium yang hendak digunakan..Buat Syahida diucapkan terima kasih sebab idea kat blog u memberi ilham kepada akak..Syahida buat dap-dap & dot..dot akak tambah belang-belang je..kalau tengok dekat dekat ada sengetnya tapi itulah seni namanya hasil kerja tangan.Tapi tak siap lagi sepenuhnya kepala botol belum dihias.. Watering Can dan baldi tu beli kat old town Ipoh kedainya belakang kedai jam rolex..yang menjual tu apek yang dah antik beno..kedai diapun serupa macam tuannya..very nostagic le kata ongputihnya...Lepas decoupage ni tidak le rasanya nak gi siram pokok..apa lagi buat tengok je benda-benda ni..

SEBELUM..


SELEPAS..



SELEPAS...




SEBELUM.. Kat bawah ni botol body syampoo..yang siap tu warna pink,dah habis isinya asalnya seperti warna biru ni..murah rm7.90 sebotol kat Mydin..senang pulak tu nak tanggal plastik cover dia..lagi senang kerja..Siap je tampal bunga dari tisu tulis le soap..nampak lain le siket..



SEBELUM.. SELEPAS..


Bila dah siap semuanya sakit jari-jari ini..tak sedarpun sibuk sangat tapi itulah kehidupan yang mana akan lebih bermakna lagi..hari hari berlalu penuh dengan aktiviti yang berfaedah dak gitu adik kakak ooi..Rasanya lebih sibuk dari berkerja dulu..sekarang ni nak tido rasa rugi..betul ka?









No comments:

Post a Comment